The Followers

Wednesday, August 5, 2009

Erti tarikh lahir

Tahukah anda bahawa tarikh lahir anda
juga boleh disesuaikan dengan kelompok
haiwan seperti arnab, tikus, singa,
kucing, merpati, penyu, harimau kumbang
dan monyet. Ingin mengenali diri anda
dengan lebih dekat? Caranya mudah
sahaja, kenal pasti bilakah tarikh
lahir
anda serta lihat kesesuaian haiwan
seperti yang telah dikategorikan di
bawah! Mmm... pasti anda akan mengenali
diri anda dengan lebih mendalam
selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober



ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori
ini ternyata memiliki penampilan yang
menarik dan kebiasaannya popular di
kalangan teman-teman. Sikap mu yang
mudah bergaul menjadikan kamu antara
individu yang mudah didekati dan bijak
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja
tanpa mengira batasan usia mahupun
bangsa. Sikap tenang dan bijak yang
sememangnya jelas ada pada diri kamu
itu
juga sering mendapat perhatian ramai
dan
tidak hairanlah sekiranya kamu sering
dipertanggungjawabkan untuk menjadi
ketua dalam melaksanakan sesuatu
tugasan
secara berkumpulan.

'dah la popular,cute pulak tuh i nie. hauhauhau ;)'
KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang
mampu dilihat dengan jelas pada
individu
yang terdiri dari kelompok ini.
Adakalanya individu ini lebih gemar
mengikut orang lain dan kurang gemar
untuk memulakan bicara atau berbual
dengan individu yang tidak di
kenalinya.
Mereka juga terlalu berhati-hati dalam
memilih teman. Dari sudut pandangan
lain, ternyata individu dari kategori
ini sentiasa bersikap baik hati kepada
sesiapa sahaja.
'malas layan korang, tido lg bagos..zZz..zzZ ~'

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini
sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu
juga sentiasa memiliki perwatakan yang
ceria dan agresif. Sikap ceria itu
telah
menarik minat ramai orang di sekeliling
mu untuk menjalinkan ikatan per
sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah
sekiranya individu dari kategori ini
memiliki ramai teman dan sentiasa bijak
menyesuaikan diri walau dalam apa jua
keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang gemar bergosip ada
kalanya agak kurang menyenangkan
sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua
tidak penting! Prinsip hidup kamu,
'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu
juga gemar menarik perhatian orang di
sekeliling dan sentiasa ingin menjadi
ketua dalam melaksanakan sesuatu
perkara.
'hidop mesti ceria..ho ho ho.. x gitu kawan ? '

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan
orang
di sekeliling mu. Walau bagaimanapun
kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi
mu yang sering berubah-ubah menjadikan
individu di sekeliling mu sentiasa
berhati-hati ketika bersama dengan mu.
Selain itu, kamu juga sering dikaitkan
dengan pelbagai gosip. Berdasarkan
keperibadian yang kamu miliki, ternyata
kamu sesuai memikul tanggungjawab
sebagai seorang ketua.
'sape yang berani gosip aku tuh ha? nak kena cakaran harimau aku ke ?'

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran
terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu
dikenali sebagai cekap dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang
ada
dalam diri mu itu harus dikurangkan.
Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan
comel sentiasa menarik perhatian
individu di sekeliling mu. Walaupun
kamu
tidak tergolong dalam kelompok kumpulan
popular, dirimu tetap dikenali ramai.
'pemalu?saya nie kelakar la..har har har ~'

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai
pemimpin.
Indivdiu di sekeliling mu sentiasa
berasa selamat bila berdampingan dengan
mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan
berpewatakan menarik. Sikap peramah dan
mesra yang sememangnya wujud secara
semula jadi dalam diri mu telah menarik
ramai orang untuk bersahabat dengan mu,
maka tidak hairanlah sekiranya kamu
memiliki teman baru saban hari.
'bergerak kehadapan,kekanan pusing ! luruskan barisan !'

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang
ada dalam diri kamu. Namun, ada
sesetengah pihak agak kurang senang
hati
dengan sikap mu kerana kamu sering
menilai kehendak dan keinginan orang
lain hanya berdasarkan persepsi
pemikiran diri kamu sendiri. Walau
bagaimanapun kamu adalah seorang teman
yang dan tidak bersikap seperti 'talam
dua muka'.
'kalau takut dilambung ombak,jangan menonton filem ongbak ! kui3 !'

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta.
Kamu juga tergolong dalam kategori
individu yang sentiasa bersikap tenang.
Sememangnya kamu bukannya dari kalangan
individu yang terlalu pemalu, namun
kamu
lebih gemar bersikap menyendiri dalam
kehidupan harian mu.
'sunyinya hidup..eh jangan la snap gamba i !'

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

yeyeyeye , i dlam kelompok merpati (13.mei.1990) . sweet and comel je mcam i . wekwek :D

ciwa said...

perasantan btol ! i tikus ;)

kimi_delicious said...

saya kelompak Kucing, Meow...

actually, what he said on his article is true.. (~.~")

ciwa said...

yeah, i tikus

semua btol !

kaka crackr said...

saye tikus
cit cit cit cit cit

ciwa said...

haha. kite tikus yg comel oke ! ;)